Skip navigation

PROSES PEMBANGUNAN LAMAN WEB –LANGKAH KITARAN HAYAT

Seperti pembangunan perisian tradisional, proses pembangunan laman web juga boleh dibahagikan kepada langkah-langkah kitaran hayat yang berbeza. Ini boleh membentuk pasukan yang efektif dan juga standard dan prosedur boleh diambil untuk mencapai kualiti yang maksimum.

Proses pembangunan system boleh mengikut beberapa kerangka kerja, metodologi, peralatan pembangunan dan bahasa syarikat yang biasa. Kitar hayat pembangunan perisian biasanya terdiri dari beberapa standard yang dapat memenuhi mana-mana pasukan pembangunan. Seperti perisian, laman web juga boleh dibangunkan dengan beberapa cara di mana beberapa perubahan dan penambahan kepada proses pembangunan perisian yang sedia ada. Mari kita lihat langkah2 yang terlibat dalam mana-mana pembangunan laman web:

1. Analisis

Setelah pelanggan menyatakan keperluannya, pasukan pembangunan akan melihatnya menerusi analisis keperluan. Oleh kerana laman web adalah sebahagian daripada system, ia memerlukan analisis yang lengkap seperti bagaimana laman web atau aplikasi dasar laman web akan membantu system yang sedia ada dan bagaimana system tersebut membantu perniagaan. Analisis tersebut perlu merangkumi semua aspek terutama bagaimana laman web tersebut ingin dimasukkan ke dalam sistem yang sedia ada. Perkara penting pertama ialah mengenalpasti pengguna sasaran. Seterusnya semua perkakasan, perisian, orang yang terlibat dan data perlu dipertimbangkan semasa analisis. Contohnya, syarikat XYZ memerlukan laman web untuk menyediakan maklumat sumber manusianya ke atas talian, pasukan penganalisis mungkin cuba untuk mengenalpasti data yang sedia ada mengenai pekerja didalam pangkalan data yang sedia ada. Analisis tersebut seharusnya dilakukan secara singkat. Pasukan tersebut seharusnya mampu menghasilkan analisis yang menjimatkan dan sebagai rancangan kepada projek yang mana akan menjadi output untuk analisis, , ia seharusnya realistik. Dan untuk mencapai ini penganalisis harus berbincang dengan pereka, pembangun dan penguji untuk menghasilkan rancangan yang realistik.

Input : temubual dengan klien, surat2 dan dokumen sokongan dari klien, nota perbincangan, perbincangan atas talian, perbualan telefon yang direkod, aplikasi/laman web contoh dan sebagainya.
Output : 1. rancangan kerja, 2. kos yang terlibat, 3. keperluan pasukan, 4. keprluan perkakasan dan perisian, 5 dokumen sokongan dan 6. kelulusan.

2. Penentuan Spesifikasi.

Spesifikasi penyingkiran dirangka dengan merangkumi setiap dan semua elemen keperluan. Contohnya jika produk ialah laman web, jadi modul laman tersebut adalah termasuk paparan am(layout keseluruhan), navigasi laman dan bahagian dinamik laman tersebut harus disertakan di dalam spesifikasi. Projek yang lebih besar akan memerlukan memerlukan rundingan peringkat yang lebih lanjut untuk mendapatkan perniagaan tambahan dan keperluan teknikal. Selepas meneliti dan mengenalpasti dokumen penyingkiran, proposal bertulis disediakan, menggariskan skop projek tersebut termasuklah tanggungjawab, jangkamasa dan kos.

Input : laporan daripada pasukan analisis.
Output : spesifikasi keperluan lengkap kepada individu dan pelanggan/wakil pelanggan.

3. Rekabentuk dan pembangunan

Selepas menentukan spesifikasi, kerja ke atas laman web dijadualkan mengikut proposal yang ditandatangani, deposit serta mana-mana bahan bertulis dan bergambar yang ingin dimasukkan. Disini biasanya paparan dan navigasi direka sebagai prototaip.

Sesetengah pelanggan mungkin akan hanya berminat pada prototaip yang berfungsi sepenuhnya. Dalam kes ini kita mungkin perlu menunjukkan mereka interaktiviti aplikasi atau laman tersebut. Tetapi dalam banyak kes, pelanggan mungkin tertarik untuk melihat dua atau tiga rekabentuk dengan semua imej dan navigasi yang lengkap.

Disini, boleh terdapat banyak cadangan dan perubahan yang dinginkan pelanggan dan semua perubahan harus dibekukan/dilakukan sebelum ke fasa yang seterusnya. Perubahan boleh dipaparkan menerusi web tersebut untuk paparan kepada pelanggan.

Seperti yang diperlukan, komen pelanggan, maklumbalas dan pengesahan boleh dilakukan menggunakan email, faks dan telefon.

Menerusi fasa rekabentuk, pasukan seharusnya membangunkan pelan pengujian dan prosedur untuk memastikan tahap kualiti yang terbaik. Adalah perlu untuk mendapat kelulusan pelanggan mengenai rekabentuk dan rancangan projek.

Dalam masa itu, pasukan pangkalan data akan melihat dan memahami keperluan dan membangunkan pangkalan data dari semua struktur dan contoh data juga harus disediakan.

Input : spesifikasi yang diperlukan.
Output : rekaan laman dengan templat, rajah dan prototaip.

4. Penulisan kandungan (pengisian)

Fasa ini adalah untuk laman web. Terdapat pembangun kandungan professional yang dapat menulis keperluan industri dan maklumat yang berkaitan untuk laman tersebut. Penulisan kandungan boleh menggunakan templat yang telah disediakan. Segala kesalahan tatabahasa dan ejaan seharusnya diatasi di dalam fasa ini.

Input : rekaan templat
Output : laman dengan kandungan yang berformat.

5. Pengaturcaraan

Sekarang adalah giliran pergaturcaran memasukkan kod tanpa mengganggu rekaan laman. Tidak seperti rekaan tradisional, pembangun harus mengenali antaramuka dan kod aturcara tidak harus mengganggu rekabentuk dan ciri2 serta aplikasi laman tersebut. Jadi pembangun harus memahami rekaan dan navigasi laman. Pembangun harus berinteraksi dengan pereka untuk memahami rekaan. Pereka mungkin perlu memasukkan butang grafik apabila pembangun memerlukan terutama apabila menggunakan butang form. Apabila kumpulan pembangun bekerja, mereka seharusnya menggunakan CVS untuk mengawal sumber mereka. Kumpulan pengaturcara seharusnya menghasilkan pelan pengujian yang bersesuaian seperti dokumentasi teknikal. Sebagai contoh, pengguna Java akan menggunakan JavaDoc untuk membangunkan dokumen mereka untuk memahami aliran aturcara mereka. Dokumentasi pengguna akhir juga boleh disediakan oleh pasukan pengaturcara, dimana boleh digunakan oleh penulis teknikal iaitu mereka yang memahaminya untuk menulis helps dan manual laman itu nanti.
Input : laman dengan bentuk dan spesifikasi yang diperlukan.
Output : fungsi laman berpandukan pangkalan data, dokumen aturcara.

6. Pengujian

Tidak seperti perisian, aplikasi berasaskan laman web memerlukan pengujian yang agresif, kerana aplikasi akan selalu berfungsi sebagai system pelbagai pengguna dengan kekangan bandwith. Sebahagian pengujian yang sepatutnya dilakukan adalah, ujian integrasi, ujian stress, ujian scalablity , ujian pemuatan(load), ujian resolusi, dan ujian kesesuaian penggunaan pelayar (browser) yang berlainan.kesemua ujian secara automatic atapun manual harus dilakukan tanpa gagal. Sebagai contoh, kita perlu melakukan ujian kelajuan muat gambarajah dan mengira dan mengira masa yang diperlukan untuk memuat rajah tersebut dimana ia amat penting bagi mana-mana laman web. Terdapat beberapa perkakasan pengujian seperti ujian atas talian yang mana dapat membantu penguji menguji aplikasi mereka. Sebagai contoh, pembangun ASP boleh menggunakan Microsoft Web Application Test Tool untuk menguji aplikasi ASP mereka yang mana aplikasi tersebut blh dimuat turun dengan percuma dari laman web Microsoft.

Selepas melakukan semua pengujian adalah perlu untuk melakukan ujian secara live untuk web dan aplikasi berasaskan web. Selepas memuat naik laman tersebut, sepatutnya ada pengujian sepenuhnya diatas laman itu.

Input : laman tersebut, spesifikasi yang diperlukan, dokumen sokongan, spesifikasi teknikal, dan dokumen teknikal.
Output : aplikasi/laman yang lengkap, laporan ujian, log kesilapan, kekerapan interaksi antara pembangun dan pereka.

7. Promosi

Fasa ini hanya untuk laman web. Promosi memerlukan persediaan meta tags, analisis yang berterusan dan menghantar URL kepada enjin carian dan direktori. Promosi laman adalah satu proses yang berterusan kerana strategi enjin carian mungkin selalu berubah. Menghantar alamat URL sekali dalam 2 bulan adalah polisi penghantaran yang sesuai.jika pelanggan bersetuju, klik berbauyar dan penghantaran berbayar boleh dilakukan dengan kos tambahan.

Input : laman dengan kandungan, mail pelanggan yang memaklumkan pesaing.
Output : penghantaran laman dengan persedian meta tag yang bersesuaian.

8. Pengubahsuaian dan pengemaskinian.

Laman web memerlukan pengemaskinian yang kerap untuk memastikan kesegarannya. Dalah kes tersebut, kita perlu melakukan analisis lagi dan semua kitar hayat yang lain akan berulang. Pembetulan pepijat boleh dilakukan semasa pengubahsuaian. Apabila laman web anda beroperasi, promosi berterusan, pengubahsuaian teknikal, pengurusan dan pengemaskinian kandungan, laporan kunjungan laman, latihan kepada kakitangan dan pemantauan diperlukan dari masa ke semasa bergantung kepada berapa kompleks laman web anda dan keperluan kepada organisasi.

Input : laman/aplikasi, kandungan/fungsi yang perlu dikemaskini, laporanm analaisis semula.
Output : aplikasi yang telah dikemaskini, dokumen sokongan untuk pasukan kitar hayat yang lain.

Langkah2 yang disebutkan diatas adalah tidak terhad kepada aplikasi web atau pembangunan laman web. Sesetengah langkah mungkin tidak sesuai untuk tugas tertentu. Ia bergantung kepada kos dan masa yang terlibat dan keperluan. Kadangkala, sekiyranya di dalam intranet, tidak akan memerlukan promosi keatas laman itu. Walaupun anda hanya firma pembangunan yang kecil, jika anda mengambil sesetengan perancangan bersama dengan langkah-langkah kejuruteraan web di minda, ia akan menggambarkan kualiti atas apa yang akan dihasilkan.

Credit : Suhaimi Samad

7 Comments

    • libra
    • Posted Januari 25, 2009 at 4:25 am
    • Permalink

    post ni bagus…ajar cara nk bangunkan web…
    pembetulan perkataan yg salah n yang tertinggal perkataan…

    unbtuk = untuk
    harusd = harus
    keprluan = keperluan
    etrdapat = terdapat
    Sekrang = sekarang
    sebabagi = sebagai
    adal;ah = adalah
    sekiyranya = sekiranya
    berbauyar = berbayar

    • ApaAja
    • Posted Januari 25, 2009 at 4:30 am
    • Permalink

    trimas libra..
    ApaAja akn btol kan yer.

    • libra
    • Posted Januari 25, 2009 at 4:36 am
    • Permalink

    hehehe…sama2 ApaAja.

    • balootmx
    • Posted Februari 2, 2009 at 5:36 am
    • Permalink

    hahaha…. baiki2… rosak bahasa melayu ni….

    mu present yg ni ko kat lecturer mu?

    • ApaAja
    • Posted Februari 2, 2009 at 5:39 am
    • Permalink

    hahaha..bahasa melayu rosak skit jer..hehe

    itu aku letak kat proposal aku jer..

    aku akan ikut konsep tu laa utk siap kn sistem aku..juz cara kije jer..

  1. huhu ^_^ jumpe pun metodologi (WDLC)
    teme kasih2😛

    • ApaAja
    • Posted Februari 23, 2009 at 5:03 pm
    • Permalink

    same2..
    bagus laa klu dh jupe..arap2 post nie dp bantu org lain lg..


Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: