Skip navigation

Sepeti biasa pada 14/2 pd stp thn..semua akan bersama kekasih untuk menyambut hari kekasih. Ramai anak-anak muda melayu akan mngucapkan “hepi valentine day” pd kekasih mereka atau orang yg mereka sayangi.

ADAKAH INI PATUT DISAMBUT OLEH UMAT ISLAM..??

Satu persatu budaya ‘jahiliyah moden’ Barat menjadi budaya anak muda. Sambutan Hari Kekasih yang diraikan pada 14 Februari setiap tahun berakar umbi sejarahnya daripada sumber Kristian.

Jadi, ia sangat bercanggah dengan Islam dan tidak sesuai diraikan. Kita seharusnya melihat kembali sejarah wujudnya Hari Kekasih agar kita tidak mudah terjerumus dalam situasi yang boleh menggugat iman.

Sejarah Hari Kekasih ada beberapa versi sumbernya dan di sini diceritakan semula supaya kita dapat memahami secara jelas betapa terpesongnya anak muda jika turut sama meraikannya.
Mengikut sejarah, Valentine seorang paderi yang mempunyai pengaruh besar pada zaman pemerintahan Ratu Isabela di Sepanyol. Kedudukannya dikatakan kedua selepas paderi besar Pope.

Dikisahkan Valentine memainkan peranan ketika menumpaskan kerajaan Islam di Cordova, Sepanyol.

Jasanya dianggap tidak mungkin dilupakan dan harus dihargai. Justeru, tarikh 14 Februari ditetapkan sebagai cuti umum untuk meraikan kemenangan diterajui Valentine setiap tahun.

Berdasarkan sumber sejarah asal-usul Hari Kekasih, jelaslah ia satu tradisi dalam agama Kristian dan sangat diraikan penganut agama berkenaan.

Persoalannya, kenapa pula anak muda Islam di Malaysia beria-ria sangat turut meraikannya?

Inilah akibatnya apabila mengikut budaya asing secara membuta tuli tanpa mengkaji sejarah.

Ingatlah pesan Rasulullah s.a.w bermaksud: “Sesiapa melakukan perbuatan menyerupai sesuatu kaum, maka ia termasuk bersama golongan itu.” (Hadith)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s

%d bloggers like this: